Sungai Sarawak kian bersih
Oleh Norma Mullie
Oleh Norma Mullie
Pembersihan secara manual setiap hari sejak 1993 berjaya kurangkan kuantiti sampah terapung, tenggelam dalam saliran KUCHING: Sungai Sarawak yang menjadi sistem pengangkutan dan sumber bekalan air utama penduduk Kuching pernah dikenali sebagai sungai yang kotor beberapa tahun lalu kerana terlalu banyak sampah-sarap terapung dan tenggelam di dasarnya. Kekotoran dan pencemaran itu berpunca daripada aktiviti pembangunan, perindustrian dan penempatan penduduk sepanjang tebing sungai berkenaan.
Namun tidak dinafikan pokok tumbang dan daun kering daripada tumbuhan yang hidup di tebing sungai itu juga turut menjadi sampah ekoran proses semula jadi. Pada 1994, kuantiti sampah yang berjaya dikesan di Sungai Sarawak mencecah 125,380 meter padu sehingga memaksa pihak berkuasa tempatan - Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil langkah drastik memastikan kualiti sungai itu diperbaiki segera. Kesan daripada pelbagai pendekatan yang diambil, kini kuantiti sampah domestik di sungai itu menurun kepada 41,000 meter padu pada tahun lalu.
Ketua Bahagian Pengurusan Saliran Kawasan Hijau DBKU, Basheer Ahmad, berkata sampah yang ada di Sungai Sarawak terdiri daripada tumbuhan, buluh, kayu kayan dan domestik. Katanya, antara langkah yang diambil untuk memastikan sungai itu tidak kotor ialah dengan membersihkannya secara manual setiap hari dan ia dilaksanakan sejak 1993. Bagi memastikan keberkesanan usaha itu, DBKU melantik kontraktor yang memerlukan 16 pekerja untuk membersihkan sungai itu setiap hari. Usaha itu menelan belanja kira-kira RM500 sehari dan tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan sampah pejal daripada hanyut ke kawasan tertentu.
"Mujurlah tahap kebersihan Sungai Sarawak berjaya dipulihkan walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai sebagai sumber bekalan air yang perlu dijaga juga antara faktor yang menyumbang kepada berkurangnya kuantiti sampah di buang ke Sungai Sarawak," katanya. Kuantiti sampah yang berjaya dikumpul merosot daripada 125,380 meter padu pada tahun 1994, kepada 60,705 meter padu (2002), 59,125 meter padu (2003), 56,850 meter padu (2004); 41,250 meter padu (2005), 45,000 meter padu (2006) dan 41,700 meter padu (2007). Pada masa sama, DBKU turut memasang sejumlah lapan perangkap sampah di lokasi tertentu di sepanjang sungai berkenaan. Perangkap khas yang diperbuat daripada buluh serta batang logam itu dipasang di muara sungai sepanjang kira-kira 25 kilometer. PBT berkenaan memasang perangkap itu di Kampung Kudei, Kampung Gita Laut, Sungai Maong, Maong dan Kampung Paroh. Perangkap terakhir dipasang di Satok dan Sungai Bintangor, manakala sampah yang dikumpul kemudian dibuang di tempat khas di Maong. "DBKU sedaya upaya tidak mahu sampah itu terapung ke laut dan kawasan tertentu misalnya Tebingan Sungai Sarawak yang menjadi lokasi tumpuan pelancong," katanya. Kos pemasangan dan pembuatan perangkap khas itu menelan belanja kira-kira RM2,000. Basheer kesal kerana kos penyelenggaraan perangkap itu lebih tinggi kerana ia sering dirosakkan pihak yang tidak bertanggungjawab. "Saya berharap orang ramai termasuk kaki pancing memberi kerjasama supaya DBKU tidak perlu menggantikan perangkap itu setiap tiga hingga enam bulan gara-gara ia dirosakkan. "Selain itu, DBKU juga berharap orang ramai berhenti menganggap sungai sebagai tong sampah besar demi memulihara alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi akan datang," katanya.
Fakta Nombor
125,380 meter padu sampah dikesan dan dibuang di sungai Sarawak pada tahun 1994
125,380 meter padu sampah dikesan dan dibuang di sungai Sarawak pada tahun 1994
41,000 meter padu sampah dikesan dan dibuang tahun lalu
95 peratus sampah terapung adalah tumbuhan dikesan di sungai itu sekarang
5 peratus sampah domestik dikesan di sungai itu sekarang
95 peratus sampah terapung adalah tumbuhan dikesan di sungai itu sekarang
5 peratus sampah domestik dikesan di sungai itu sekarang
Jenis Sampah
sampahan tumbuhan, buluh dan kayu
sampah domestik
sampah terapung
sampah tenggelam Info Mengenai Sungai Sarawak
sepanjang 112 kilometer
melalui kawasan tadbiran 3 PBT
sistem pengangkutan utama di Sarawak
daya tarikan pelancongan
sampahan tumbuhan, buluh dan kayu
sampah domestik
sampah terapung
sampah tenggelam Info Mengenai Sungai Sarawak
sepanjang 112 kilometer
melalui kawasan tadbiran 3 PBT
sistem pengangkutan utama di Sarawak
daya tarikan pelancongan
No comments:
Post a Comment